KOTA BHARU – “Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.”
Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘memutuskan’ bahawa menteri yang bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.
Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
Nik Abdul Aziz mempertikai kenapa royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka dengan mudah telah mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.
“Sepatutnya emas dan petrol sama sahaja, sama-sama milik kerajaan negeri, kenapa emas diberi kepada kita tetapi petrol tidak diberi?
“Orang ini bertanggungjawab dunia akhirat, dan dia kena sumpah, rakyat sumpah kepada menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab jaga royalti, akhirat kelak dia akan masuk neraka, tidak ada kuasa boleh sekat menteri ini masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.
“Royalti baik, balak baik, ia sama ada boleh bawa kita ke syurga atau ke neraka, ini masalah besar, golongan sekular tidak fikir masalah syurga neraka, sedangkan benda itu benda ada, kerana syurga neraka ini bukan projek kerajaan, bukan projek parti, tapi daripada Allah,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan baki royalti emas dan sumbangan daripada syarikat CMNM Mining Group Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat CNMC Goldmine Holdings Ltd. kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri sebanyak RM386,926 dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebanyak RM347,115. – Utusan

buat apa nak heboh2 pasal kenyataan nik aziz soal masuk neraka. Dia yg pertama dihumbankan ke neraka jahanam kelak. orang lain semua menuju ke syurga kerana lunaskan amanah dan tanggungjawab rakyat dgn baik dan diredhai Allah. Cuba nyatakan satu perbuatan baik nik aziz kepada rakyat? tak ada. berjuta-juta rakyat kelantan marah dan kutuk dia, maka dgn kemarahan rakyat itulah dia akan dihumban ke neraka.
Sedap wei mulut pok nik mengata orang.? Perkara yg dia tuduh tu semua yg dia sendiri juga terlibat….balok? …..tanah rakyat ? ?…..rasuah@komisen???….salahguna kuasa????…..anda list sendiriLah,banyak sangat sebab selama 22tahun. fikir fikirkanlah ya?
ish ish ish, hebat tuan guru ni, ingatkan tiket ke syurga aje dia pegang rupanya tiket ke neraka pun ada.wow!
isu -isu yg akan dituntut oleh rakyat Kelate terhadap Pok Nik Ajis di akhirat :
1. Kecek Belawok
2. Jual agama kpd DAP& Kristian
3. Beri minum air karat kpd rakyat
4. Tidak jalankan amanah sebagai pemimpin
5. Menjahanamkan bumi kelate di Lojing
6. Gagal sebagai pemerintah untuk bawa kemakmuran
7. Rasuah
8. Salah gunakuasa.
9. Bertopengkan agama tipu rakyat
Karpal &Guang Eng tak perlu bimbang pasal neraka sebab Nik ajis akan buat fatwa dia boleh beri sfaat kpd 2 orang Kafir ni
Ayah Pin pernah mengaku dirinya Tuhan!