Selamat Hari Jadi yang ke 82 Tok Guru. Mohon maaf penulis tidak menghantar kek atau pun hadiah. Memang sengaja penulis tidak mahu menghantar kek atau pun hadiah kerana bimbang timbulnya fitnah sepertimana niat suci seorang sahabat kita untuk membawa Tok Guru menunaikan haji.
Begitu juga dengan fitnah terbaru, tanah balak untuk dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.
Tok Guru perlu dijauhkan daripada fitnah begini kerana ia akan menjejaskan imej Islam. Tok Guru adalah pemimpin Islam nombor satu negara.
Namun hari ini penulis sedih dan kecewa kerana orang disekeliling tok guru memstikan fitnah seperti ini berulang lagi semalam. Sewajarnya, Wan Nik atau Ahmad Fadhli memastikan Kenny Chua tidak menghantar kek kepada tok guru semalam.
Semua tahu, Kenny adalah taukeh balak. Dia dapat banyak tanah balak di Kelantan. Ini boleh menimbulkan persepsi dan fitnah daripada rakyat terutama orang UMNO biarpun niat Tok Guru dan Kenny ikhlas.
Sudah ada sembang di kedai kopi berapa harga kek dari Kenny? RM200,000 atau RM300,000?. Apa yang pasti persepsi rakyat Tok Guru hampir sama dengan pemimpin lain, amat mudah dibeli oleh taukeh balak. Fikirlah!


