Petani Terima Insentif Projek NKEA

DSCN0579AMIRUL HAFIZ

KETEREH – Kerajaan memperuntukan lebih RM200,000 untuk bayaran insentif kepada petani di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Projek Azam Tani di bawah kendalian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Sungai Ketereh, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, projek NKEA tersebut membabitkan 162 petani di bendang Lanchang melibatkan kawasan seluas 48.6139 hektar.

“Bagaimanapun insentif yang dibayar pada hari ini adalah kepada 95 orang kerana yang selebihnya itu belum menandatangani persetujuan untuk menyertai projek ini (NKEA),” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Insentif NKEA Bendang Lachang Dan Bantuan Peralatan Projek Azam Tani PPK Sungai Ketereh, di sini semalam.

Hadir sama Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat dan Pengurus PPK Sungai Ketereh, Mazlan Manaf.

Sementara itu, bagi Projek Azam Tani di bawah kendalian PPK kawasan berkenaan membabit seramai 26 orang.

Alwi berkata, Projek Azam Tani merupakan satu program bagi menambah pendapatan rakyat termiskin yang dipilih melalui senarai e-kasih.

“Peserta terbabit diberi peralatan mengikut bidang masing-masing seperti petani akan menerima peralatan yang berkaitan dengan industri asas tani.

“Begitu juga dengan ternakan, jahitan dan pertukangan besi, mereka diberi peralatan mengikut keperluan masing-masing, dan segala peralatan itu adalah bagi memudahkan kerja setiap peserta,” katanya.

Beliau berharap, setiap peserta akan memanfaatkan bantuan tersebut bagi meningkatkan sumber pendapatan selain meningkatkan taraf kehidupan keluarga.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: