Ibu Segala Isu Di Kelantan Dipadamkan?

 

KOTA BHARU – Lebih seribu rakyat kelantan dari pelbagai lapisan masyarakat membanjiri perkarangan Hotel Sutera Inn di Kota Bharu sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri yang membuka satu lembaran baru buat rakyat di negeri itu berhubung isu tuntutan royalti petroleum.

Bagi mereka inilah hadiah paling bermakna dan ia juga bukti kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menyelesaikan masalah rakyat dan didokong dengan kekuatan tranformasi yang dilaungkan perdana menteri datuk seri mohd najib tu razak dalam mengutamakan kepentingan rakyat.

Orang ramai yang berkumpul di perkarangan hotel itu menunggu dengan penuh tenang kehadiran Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu bagi meraikan kejayannya menyelesaikan isu royalti dengan berhemah.

Dalam ucapan ringkasnya Mustafa berkata, Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan rintihan dan keluhan rakyat.

Namun apa jua kehendak dan kemahuan itu biarlah berasas dan dilaksanakan secara berhemah menerusi meja rundingan dan bukannya menerusi tunjuk perasaan dan bantahan jalanan.

Apa yang pasti, malam tadi, selepas hampir tiga tahun Pas menjaja isu tuntutan royalti minyak akhirnya ia sampai ke penghujung apabila sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji secara adil dan telus isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai timur.

Keputusan ini menunjukkan kebijaksanaan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu tersebut daripada terus dipolitikkan oleh Pas untuk kepentingan peribadi.

Ia ibarat serampang dua mata yang menyelesaikan masalah tersebut secara makro yang melibatkan negeri-negeri di pantai timur bukan sahaja Kelantan.

Ini semua atas semangat Persekutuan sebagaimana ketika perjanjian di antara Petronas dengan Kelantan pada tahun 1975.

Keputusan ini tidak menidak mahkamah kerana apa yang dituntut oleh kerajaan Pas Kelantan ialah royalti – suatu yang bukan hak – kerana kesemua telaga gas terbabit terletak di luar perairan Kelantan, lebih tiga batu nautika. Namun biarlah mahkamah yang menentukannya.

Kerajaan Pusat atas dasar mendengar keluhan rakyat bagi memastikan isu ini tidak terus dipolitikkan serta api kebencian yang ditiup oleh Pas terhadap kerajaan Pusat yang ditunjangi BN dapat dipadam.

Maka tidak salah kenyataan Mustapa dan timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Husin bahawa Kelantan tidak berhak untuk mendapatkan royalti kerana apa yang akan diberikan kini ialah bayaran tunai yang membabitkan semua telaga diperairan pantai timur semenanjung.

Soalnya apakah UMNO dan BN berjata memadamkan ibu segala isu di Kelantan ini?

Tags: , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

5 Comments on “Ibu Segala Isu Di Kelantan Dipadamkan?”

  1. QalamQabut
    August 5, 2012 at 10:02 pm #

    Soalan aku pula, benarkah royalti minyak merupakan ibu segala isu yang berbangkit di Kelantan? Aku rasa tidak.royalti minyak hanya dijadikan isu untuk dijaja di atas pentas politik PAS kerana dari awal lagi Kelantan tidak berhak untuk menerima ‘royalti’ minyak, jika maklumat yang disebarkan kepada umum ini adalah benar. Walaubagaimana pun kita biarkan tuntutan itu dipertimbangkan oleh mahkamah.

    Bagi aku ibu segala isu yang melanda Kelantan selama ini ialah ketidak-upayaan Kerajaan PAS memerintah Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan cukup miskin dengan idea dan upaya untuk menangani pelbagai masalah rakyat. Dan aku tidak fikir Kerajaan PAS Kelantan akan berupaya menyelesaikan segala masalah tersebut walaupun menerima ‘wang derma minyak’, apa lagi untuk meneraju negeri itu membangun seperti jiran mereka Terengganu.

  2. Wampire
    August 6, 2012 at 10:57 am #

    Kalau kerajaan pusat nak beri, berilah atas nama royalti minyak, jgn beri atas nama lain. Sebab pemimpin Pas ni makin cerdik, duit yang dituntut sudah dapat berbilion ringgit, dah dibahagikan sama rata sesama mereka, bila duit dah habis, tak sampai pun kpd rakyat, kemudian rakyat menuntut janji kpd Pas, Pas pula akan beri alasan, royalti minyak belum dapat. nik aziz ni bukan jenis pemimpin yang boleh dipercayai sangat. dalam semutar@serbannya tu penuh dgn taktik menipu rakyat.

  3. August 6, 2012 at 11:58 am #

    Kalu Nik Aziz xleh ccayo, Najib buleh ccayo sangat ko? Kalu demo mati, sapo demo nak jadi tok imam semaye mayat demo, Najib ko Nik Aziz?

  4. halim
    August 7, 2012 at 10:49 am #

    pada pendapat saya, kelantan amat memerlukan royalti itu sebab nak selesaikan isu air, jalan raya dan banyak lagi kemudahan awam yang belum disediakan.

  5. orang kelate
    January 8, 2013 at 12:43 pm #

    sedap mulut kalu bercakap.tak sayang mulut nie..isu royalti minyak memang kerajaan kelantan berhak kerana minyak tersebut berada di kelantan bukannya negeri lain. walaupun kelantan di bawah pemerintahan pas, kite sebagai manusia yang reti menilai, harus bagi pada yang berhak bukannya pi habiskan duit mendaratkan minyak ke tempat lain.perabih duit jer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: