Husam Perlu Tampil Beri Penjelasan

Keratan ahkbar yang mendakwa wujud salah laku oleh pegawai kanan KGT.

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU  -  Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini menegaskan mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa sekiranya tiada penjelasan dibuat berhubung dakwaan salah laku pegawai kanan syarikat Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, Husam didesak tampil memberikan penjelasan berkenaan tiga laporan polis yang telah dibuat berhubung salah laku pegawai kanan terbabit sepertimana yang tersiar dalam akhbar utama Selasa lalu.

Beliau berkata, Husam diminta supaya tidak lagi berdolak dalih dan menekan mana-mana pihak termasuk mengalihkan pandangan berkenaan isu tersebut.

“Sebagai exco yang bertanggungjawab menubuhkan syarikat itu Husam perlu  mengeluarkan kenyataan mengenai hasil dan pendapatan yang telah diperolehi oleh KGT selama beroperasi.

“Kami juga mendesak supaya diisytiharkan dari mana ianya diperolehi termasuk pengisytiharan cukai untuk membawa masuk syiling dinar dan dirham dan sebarang kemungkinan tentang rasuah dan penyelewengan operasi syarikat tersebut.,”  katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih menanti akan jawapan daripada exco kanan Kelantan itu kerana tidak mahu kes terbabit menjadi seperti kes Bazar Tok Guru.

“Sehingga ke hari ini pihak terbabit dilihat gagal untuk menunjukkan kepada rakyat mengenai laporan juruaudit bebas Bazar Tok Guru yang dikatakan telah ‘dilantik’ untuk mengaudit laporan kerugian transaksi tersebut,” katanya.

Tags: , , , , , , ,

Categories: Berita

Author:princesszarra

Nikmati panorama melalaui pancaindera

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: