Skandal Dinar Dakwaan Karut, Husam Mahu Saman

KOTA BHARU- Kenyataan yang mendakwa syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham, Golden Trade Sdn Bhd terlibat dengan kemelut salah laku yang membabitkan seorang pegawai kanan syarikat itu adalah karut.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, dakwaan itu seratus peratus tidak benar kerana pihaknya tidak pernah dipanggil polis memberi kenyataan berhubung salah laku seperti yang dikatakan.

“Laporan polis yang dikatakan sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana pegawai kita diminta polis untuk memberikan apa-apa kenyataan dan yang saya langsung tidak mengenali kedua-dua nama yang disebutkan,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham di Kelantan Trade Center (KTC) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa KTG terlibat dengan skandal salah laku.

Sehubungan itu, Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan menyaman akhbar terbabit serta bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang menyiarkan dakwaan itu blognya semalam. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: