Eksklusif: ADUN Pas Tidak Bertanggungjawab, Isteri Mohon Cerai

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Pas) di kawasan Parlimen Pasir Puteh telah menfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di sini kerana tidak tahan dengan sikap suaminyayang tidak melaksanakan tanggungjawab.

Menurut sumber, wanita yang berusia 30-an itu mendakwa suaminya bukan sahaja gagal memberikan nafkah batin tetapi juga tidak memberikan perbelanjaan harian terhadap dia dan anaknya.

“Isterinya yang bertugas sebagai penolong kanan di sebuah sekolah di sini telah menfailkan tuntutan penceraian ini pada 26 Mac lalu di Mahkamah Syariah Pasir Puteh. Hari ini mereka dipanggil untuk sebutan kes tetapi malangnya ADUN terbabit tidak hadir dan gagal dihubungi.

“Tuntutan itu dibuat kerana dia kecewa dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

“ADUN ini hanya pulang ke rumah dua bulan sekali. Pulang malam dan esok paginya sudah pergi,” kata sumber terbabit ketika ditemui di Kompleks Balai Islam Lundang dekat sini, petang ini.

Sementara itu, tinjauan detikperubahan.com di mahkamah di sini mendapati isteri ADUN terbabit hadir untuk menyelesaikan isu tuntutan tersebut bagaimanapun pulang hampa kerana suaminya tidak muncul.

Isteri ADUN ininbagaimanapun enggan ditemubual dan tidak mahu gambarnya dirakamkan.

Kata sumber itu, hasil perkahwinan mereka sejak empat tahun lalu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata.

“Beliau bukan sahaja tidak memberikan nafkah kepada isterinya malah mengambil kesempatan ke atas isterinya untuk kerjaya politiknya.

“ADUN terbabit memang tidak bersetuju dengan penceraian yang dituntut isterinya dan beliau berjanji akan berubah selepas pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tambahnya, wanita berkenaan turut meluahkan isi hatinya yang dia tidak percaya lagi terhadap kata-kata suaminya itu yang dikatakan bijak menabur janji selama ini.

Tags: , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

4 Comments on “Eksklusif: ADUN Pas Tidak Bertanggungjawab, Isteri Mohon Cerai”

  1. April 15, 2012 at 10:56 pm #

    Hahahaha… guano wehhh… tau nikoh jah, tanggungjawab tok tau. kalu ko anok bini tak tau nak laksanakan amanah, apatah lagi rakyat. sedar2 lah wey rakyat kelate weyyy…

    • sag
      May 2, 2012 at 9:26 am #

      jika nak semua tak bolehlah.jangan tamak.nak jadi ADUN. nak berbini lebih, nak harta, nak menang…mana boleh macam itu. sayang pun ada 3 isteri…tidak jadi masalah…saya berhenti sebagai seorang aktivis NGO,saya bersara opsyen sebagai pegawai kanan kerajaa. Saya bebas..free n easy….jadi saya dapatlah layan semua isteri.Kenalah berkorbab..jangan tamak!!!!!!!

Trackbacks/Pingbacks

  1. ADUN Semerak Mengaku Dalam Proses Cerai Isteri Kedua | Detik Perubahan - April 16, 2012

    [...] diminta mengulas mengenai laporan portal ini malam tadi mengenai isteri kedua seorang wakil rakyat Pas di Parlimen Pasir Puteh telah [...]

  2. ADUN PAS Gagal Tunai Tanggungjawab Terhadap Isteri Dan Anak! | kedah69ers - April 18, 2012

    [...] Difahamkan, ADUN tersebut enggan menceraikan isteri keduanya itu. Sebaliknya berjanji akan berubah sikap selepas PRU13. Malangnya, si isteri sudah tidak percaya lagi dengan janji-janji manis ADUN PAS tersebut kerana menurutnya, suaminya kuat berjanji tetapi tidak pernah menepati janji. (SELANJUTNYA ADA DI SINI)  [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: